Thursday, June 3, 2010

Teladani Umar Al-Khattab (Majalah Nur Januari 2009)

" Seorang lelakimengunjungi kediaman Khalifah al-Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya yg suka berleter. Baru sampai di muka pintu, dia terdengar suara isteri Umar sedang berleter dan Umar langsung tidak kedengaran suaranya.....

Lelaki itu segera beredar, tidak jadi hendak mengadu. Diad berbisik kepada diri sendiri,'Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas bagaimana pula dengan aku?'...kebetulan Umar keluar dan terpandang lelaki itu hendak beredar pergi. Dia sempat memanggil untuk bertanya tujuan kedatangannya.

Wahai Amirul Mukminin saya datang untuk mengadu mengenai perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tapi tadi saya terdengar isteri tuan juga begitu...

Umar menjawab, 'Saudara, sesungguhnya saya bersabar denagn karenahnya, mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas saya. Dia memasak makanan saya, mengadun roti untuk saya, membasuh pakaian saya dan menyusui anak-anak saya, walhal itu semua tidak di wajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hati saya daripada melakukan perbuatan haram (zina). Sebab itulah saya bersabar denagn karenahnya. Maka bersabarlah, saudara. Sesungguhnya, karenahnya itu tidak lama. Seketika saja".

Thursday, May 27, 2010

GEMS??? Apa tuh???Penyakit BARU ker??

Salam kepada semua. GEMS bukan penyakit!! alhamdulillah..H1N1 belum habis ni nak tambah penyakit baru bagai...ish...GEMS..dah tahu ker GEMS tuh apa? mesti korang belom tahu and ada jugak yang dah tahu...Terima kasih kepada FANTAGHIRO sebab dia sanggup berkongsi RAHSIA besar ni..hahah xder la rahsia sangat kot.



GEMS atau lebih detail adalah Graduate Employability Management Scheme (www.mygemsportal.com.my). GEMS ni di tubuhkan untuk membantu lepasan SISWAZAH. GEMS, objektif utamanya adalah menyediakan para lepasan IPT yang tengah tanam anggur MENGANGUR dengan kemahiran dan pengalaman yang mempunyai nilai komersial yang akan membantu mereka mendapat kerja...available la orang kata...Tengok dah macam2 dah kerajaan buat ni..siap ada 1Malaysia bagi...kalau dah malas tetap malas...so korang yang dah lama tanam anggur tuh jgn la nk dok memilih kerja...poie cari kerja naaa....

So korang pon boleh apply jadi peserta...nk join event2 diorang ni...korang klik jer bawah ni..senang citer


"This scheme is part of the 7 billion stimulus package announced by Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak as part of the programme to mobilise our human capital to support the country’s economic growth."


p/s: tengok tuh program ni ada adalah sebahagian 7 billion pakej perangsang yang telah di umumkan PM...perghh betapalah byknyer kerajaan melabur nk stimulate muda mudi kita...hurmm agak2 nyer berapa dah berhabis ek??

Selain menjadi peserta and dok tunggu orang2 tuh call...korang pon leh join event2 yang happening tuk orang carik kerja macam event MYWorkLife@Iskandar Showcase. (aku sentiasa bangga jadik orang JOHOR--HUHU)



***event yang ni terang2 dah habis--carik lain plak....hehhe


Tak pon...klik EVENT yang ni plak...


**hahaha..yang ni pon--expired date event ni 15 May tu pon kat Kedah..klik pic kalau nk baca lebih lagi...


**nak jadik volunteer pon ok jugak...hehe..klik jer pic ni..heheh



ha yang ni baru betul...GEMS CAREER DAY 2010 yang ini adalah dengan kerjasama jobsmalaysia.gov.my...hehhe...korang explore la yer...

Ok!!
kita review sekajap event2 yang sudah di jalankan...so korang kalau berminat leh la join...promote diri and leh dapat pakwe hensem and aweks cun...

hehehhee





hahaha...sudah..ini saja laporan dari Ah Moy tuk korang...hehhee..x leh letak pic event bebanyak..nnti blog aku hang...alasan weyhh

ok la..bai!!
enjoy yer korang....